Thursday, May 31, 2007

Lesson for life...



Makhluk halus ini adalah Giardia lamblia. Ni bukanlah jin mahupun syaitan... hanyalah sejenis protozoa. Kalau masuk perut boleh dapat cirit birit... Comel tak?? (oh.. I'm a freaking weirdo!!) Sape rasa comel angkat tangan...

Aku tgh belajar untuk exam ni... tetiba dpt pencahayaan agung (di bawah pokok Bo??). Rasa menggatal nak blogging.. huh.. takde keje.. alkisahnya ada makhluk-makhluk halus yg buat aku x jadi belajo.. (suka ati aku nak salahkan setan..)

satu hari ni aku telah diberi ilmu dari Allah melalui perantaraan lecturerku bahawasanya makhluk-makhluk halus seperti encik Giardia (en. G) ini takde kerja lain idup dia melainkan nak beranak pinak saje... hidup diorg ni ikut satu cycle yg same je... contohnya en. G ini mula-mula masa dia kecik2 dulu dari dlm air yg dicemari najis masuk dlm perut org malas nk masak air. pastu kat dlm usus org tu dia sampai akil baligh la kut.. dah besar kat lam usus tu dia mula la beranak pinak.. (maka sakit la perut org tu.. sape suruh minum air tak bersih.. huh) lepas tu bila org sakit perut tu buang air keluarlah anak beranak en.G ni bersama tinja itu masuk ke dlm air.. pastu ada pulak org lain yg mls nak masak air minum..

Itu kisah hidup en G si makhluk halus ni. Kisah hidup aku? Lahir.. Masuk sekolah sana sini.. Dapat Kerja.. Kahwin.. Dapat anak.. aku mati.. anak aku besar... kahwin... aku dapat cucu.. anak aku mati.. cucu aku pulak kawin.. sampailah beranak pinak aku. Aik?? macam sama je aku ngan en G ni. Takkan la kut. Aku ni manusia. EnG tu setakat makhluk halus je.. otak pun xde. huh.. hinanye...

Aku tak nak lah jadi macam EnG ni. Aku ni 'khairu ummah'... kenalah aku act like one... I have a purpose... Akulah saksi kpd agamaku...

Enough pasal enG ni. aku ada byk cerita pasal makhluk halus yg lain jugak. Agak mistique jugak la cerita ni.. (Jangan biarkan hidup anda diselubungi... M.I.S.T.E.R.I.) Hehe.. ni nak cerita pasal beberapa ekor Toxoplasama gondii. Makhluk halus yg ni seperti juga syaitan suka hidup di dalam manusia... huh.. scary... Oklah.. sesiapa yg berminat boleh dapatkan encik Toxo ini dari najis kucing2 yang berhampiran.. muahahaha...

Ok berbalik kepada kemisterian Toxo ini... encik Toxo ini suka duk kat dalam tikus punya kepala hotak. Bila duk kat dlm kepala tu mula lah dia menjalankan kerja2 penghasutannya. Bisik2 mcm encik syaitan. huh.. scary lagi... Untuk encik Toxo ni beranak pinak dia kena masuk dlm kucing pulak. Sebab tulah dia duk bisik2 kat cik mickey mouse ni suruh pegi dekat dengan encik pussy cat. Huish.. jahat sungguh.. bahaya tu encik mickey mouse!!!

Macam setan la pulak encik Toxo ni. Kesian mickey mouse kena tipu.. dah tahu kucing suka makan tikus tapi nak pergi jugak. huhuhu... aku pun kena tipu kat setan camtu jugak ke?? Dah tahu BAHAYA buat dosa tapi nak buat jugak... Tipah tertipu... tertipu dengan sape?? SETAN??

maka syaitan membujuk keduanya (untuk memakan buah itu) dengan tipu daya. Tatkala keduanya telah merasai buah kayu itu, nampaklah bagi keduanya aurat-auratnya, dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun surga. Kemudian Tuhan mereka menyeru mereka: "Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pohon kayu itu dan Aku katakan kepadamu: "Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu berdua?" (22:22)


Bestkan belajar microbiology ni?? mesti aku dapat score full mark kalo macam ni.. ngehehe...

Tuesday, May 29, 2007

SAMPAH... kenapa dikutip?

Orang gila manakah yang...

Buang sampah kat tempat pelupusan sampah n feeling happy about it, tapi lepas tu kutip balik sampah tu?

Jatuh longkang.. balik mandi bersih2.. rasa segar bugar n bahagia.. tapi keluar je bilik air pergi masuk longkang balik?

Wahai diriku.. sudah kau tahu itu sampah, kenapalah nak dikutip???


"Dan sesungguhnya telah Kami perintahkan kepada Adam dahulu, maka ia lupa (akan perintah itu), dan tidak Kami dapati padanya kemahuan yang kuat." (20:115)


Dan tidaklah kudapati pada diriku ini kemahuan yang kuat.. tsk.. tsk.. Dan jika sekiranya aku bertaubat kemudiannya kembali membuat dosa maka takde la bertaubat namenye tu... tsk.. tsk..

Taubat:
Stage 1: recognising one's sin.. seeking to rid oneself from the evil consequences...
Stage 2: Seek refuge from Allah from sinning.

wahai diriku... PERSISTENT ON SIN IS ANOTHER SIN!!!
Allah isn't guiding me away from sin... 'walam najid li 'azma'.. kerana takde pada diriku azam...

wahai diriku... you are running away from you Lord, captured in the grip of shaytan... tsk..tsk.. tsk..

dan sesungguhnya the state of repentance is only given to those who are Allah concious... Fattaqullah!!!

and weep for your dying heart....


'I'm out to fight the devil but never fought myself
Read a thousand books but never read myself
My souls starving it needs to be fed
lord I need your help
Hell with the devil my biggest enemy's myself
It makes me wonder am I doing this for the right reasons
I mean the money the fame and game all sounds appealing
Instead of entertaining I prefer to enlighten
But then again who am I to be in a position
To represent a whole generation of kids and to make them believe
till this day I still struggle to uphold my deen
I read a 100 'God is great' in less then a minute
And though my tongue is fast like twista
My hearts not in it'

Monday, May 28, 2007

Tears...


'ma lakum? kaifa tahkumun?'

What's the matter with me? How did I make judgement?

'Do you teach others alKitab and forgotten yourself??'

---------------

Random thought

I was browsing people's friendster profile for hours yesterday (as if I had nothing better to do). To cut things short I'd just say Malaysian had just had a very 'malignant neoplastic transformation'. If I have a child, I will never raise him/her in Malaysia. Or maybe I will but I might need to design a safe bubble to put my child in. Filters everything out.. Or I might just try to get a pious hubby.. the third choice will be much easier.. ngeheh.. kidding..

But uh.. I dunno.. mungkin aku ni jumud.. alhamdulillah Allah selamatkan aku. Dari kecik dpt didikan agama.. masuk sekolah agama.. bila kuar sekolah agama pun sebab aku dulu sekolah agama jadi org respect aku.. so aku kekalkanlah imej keagamaanku (tp bukan ats sbb tu je lahhh).. bila keluar pegi oversea pun Allah kenalkan aku dengan agamaku.. Alhamdulillah.. Aku x hadapi byk halangan dlm mempraktikkan agamaku. and alhamdulillah Allah kurniakan furqan.. aku dpt bezakan mana baik mana buruk. Cumanye.. aku di Malaysia selalu dlm kelompok budak 'baik'. mungkin sebab tu mata aku tak terbuka. aku x nampak. sume org nampak baik je. Bila pergi oversea ni adalah nampak bende x baik sikit. but I thought this is the west. Expected la tuh.

Sedih.. dulu kawan2 sekolah semua pakai tudung labuh... sekarang ada yang pakai tudung ala ala bienda. gambo frienster toksah kate lah.. tudung entoh ke mana... mungkin kat luar xde la bukak tudung kut.. mungkin dia terlupa nak pakai kut.. xpun mungkin friendster dia open to ladies je.. aku bersangka baik... Tapi yg paling x larat sekali bila tengok gambo dua2 dgn bf @ tunang @ bakal suami. huh.. caption bukan main lagi. Ya Allah.. wahai kawan2ku kat Malaysia.. dulu kita sekolah agama.. belajar dengan ustaz yang sama... apa korg tak ingat ke kita pernah belajar... laki pompuan mane buleh cenggitu duduknya... mana buleh pegang2 ni... ke tu ilusi aku je.. ke sebenarnya aku mimpi je ustaz ajor gitu? mungkin jugak ustaz x ajor.. tapi rasulullah ajor.. Allah ajor..



"... Apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (isteri- isteri Nabi), maka mintalah dari belakang tabir. Cara yang demikian itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka..." (33:53)



Ni Allah ajor sahabat nabi ni. Sahabat nabi ni kawan2, jejaka2 yang paling mulia sekali selepas Rasulullah. Pastu ni dia nak mintak barang dgn isteri nabi nih. Isteri nabi ni pulak kawan2, wanita2 yang paling mulia jugak. ummahatul mu'minin... even ibu kepada sahabat2 Rasulullah yang mulia tu. Walaupun iman mereka subhanallah, mantap2 belaka Allah ajar mereka communicate belakang tabir.. takut timbul fitnah dalam hati.. Kalau kita ni lah... tak taulah nak kata. iman pun iman chipsmore lagi. kejap ada kejap takde. Tapi xnak dengar apa Allah ajar.. x taulah... Pikir2 lah...



Peace... out...


Sunday, May 27, 2007

For a start...

This isn't actually my first blog but I guess this might be THE one. I keep on signing up for a new blog every now and then. funny that I just happen to get a new obsession around exam time. What's wrong with me? Guess I'm just a crazy lazy lady... It's good to have an excuse not to study. heh..

It really is cold in here. More than it is outside I think. Man.. I'm struggling hard to type this with a gloved hand. Still.. my hands are freezing! But no.. I'm not complaining... .:grin:. I'm loving this moment. every single second of it. My roomate is out to uni. So I have the room for myself in this sleepy sunday morning. No school tomorow.. nothing to worry about.. for now.. at least.. exam is coming next week though. Anyway.. it is so nice to sit around lazily on my comfy little bean bag with a cup of mocha drink... huh.. this is sooo gooooood...

Wait.. ya know what am I thinking about rite now?? hmm.. let's switch language.. malay sounds fun... .:wink:.

Selalunya aku tulis in english because I sound stupid in Malay.. ngehehe.. just kidding... Tapi it's true that I'm not good in Malay when it comes to writing.. see.. I'm still not switching.. ok.. aku ada masalah susah nak express things dalam bahasa sendiri. Mungkin sebab org melayu x berapa expressive kut.. mungkin aku byk baca novel picisan omputih. so aku x tau nak kata 'saya sayang awak'. aku cuma tau kata 'I love U'.. u know what I'm saying?? (should I say: korang tau ke apa aku kata ni? bearing in mind that I'm talking to no one coz probably nobody will ever read this.. tsk..tsk...)

Aku rasa aku rasa sgt bahagia at the moment sbb 2 days ago aku dah oficially tamat preclinical years aku. Tapi dalam bahagia aku tu ada jugak la sedikit terkilan. coursemate aku majority bukan islam. 2 tahun setengah aku duk mingle ngan diorg. tp aku x rasa aku dpt at least ubah perception diorg pasal islam. still.. diorg ingat islam tu jahat.. mengongkong... ganas... tak best.. aku x buat kerje aku as org islam. aku terkilan sgt2. banyak peluang aku ada nak cerita pasal agama aku yg best ni tp aku x buat. kenapa?? malu ke aku dgn agama aku ni?? aku sendiri pun x paham kenapa... aku doa kat Allah moga Allah ampunkan aku & bantu aku so that aku x fail lagi...

peace out..