Thursday, May 31, 2007

Lesson for life...



Makhluk halus ini adalah Giardia lamblia. Ni bukanlah jin mahupun syaitan... hanyalah sejenis protozoa. Kalau masuk perut boleh dapat cirit birit... Comel tak?? (oh.. I'm a freaking weirdo!!) Sape rasa comel angkat tangan...

Aku tgh belajar untuk exam ni... tetiba dpt pencahayaan agung (di bawah pokok Bo??). Rasa menggatal nak blogging.. huh.. takde keje.. alkisahnya ada makhluk-makhluk halus yg buat aku x jadi belajo.. (suka ati aku nak salahkan setan..)

satu hari ni aku telah diberi ilmu dari Allah melalui perantaraan lecturerku bahawasanya makhluk-makhluk halus seperti encik Giardia (en. G) ini takde kerja lain idup dia melainkan nak beranak pinak saje... hidup diorg ni ikut satu cycle yg same je... contohnya en. G ini mula-mula masa dia kecik2 dulu dari dlm air yg dicemari najis masuk dlm perut org malas nk masak air. pastu kat dlm usus org tu dia sampai akil baligh la kut.. dah besar kat lam usus tu dia mula la beranak pinak.. (maka sakit la perut org tu.. sape suruh minum air tak bersih.. huh) lepas tu bila org sakit perut tu buang air keluarlah anak beranak en.G ni bersama tinja itu masuk ke dlm air.. pastu ada pulak org lain yg mls nak masak air minum..

Itu kisah hidup en G si makhluk halus ni. Kisah hidup aku? Lahir.. Masuk sekolah sana sini.. Dapat Kerja.. Kahwin.. Dapat anak.. aku mati.. anak aku besar... kahwin... aku dapat cucu.. anak aku mati.. cucu aku pulak kawin.. sampailah beranak pinak aku. Aik?? macam sama je aku ngan en G ni. Takkan la kut. Aku ni manusia. EnG tu setakat makhluk halus je.. otak pun xde. huh.. hinanye...

Aku tak nak lah jadi macam EnG ni. Aku ni 'khairu ummah'... kenalah aku act like one... I have a purpose... Akulah saksi kpd agamaku...

Enough pasal enG ni. aku ada byk cerita pasal makhluk halus yg lain jugak. Agak mistique jugak la cerita ni.. (Jangan biarkan hidup anda diselubungi... M.I.S.T.E.R.I.) Hehe.. ni nak cerita pasal beberapa ekor Toxoplasama gondii. Makhluk halus yg ni seperti juga syaitan suka hidup di dalam manusia... huh.. scary... Oklah.. sesiapa yg berminat boleh dapatkan encik Toxo ini dari najis kucing2 yang berhampiran.. muahahaha...

Ok berbalik kepada kemisterian Toxo ini... encik Toxo ini suka duk kat dalam tikus punya kepala hotak. Bila duk kat dlm kepala tu mula lah dia menjalankan kerja2 penghasutannya. Bisik2 mcm encik syaitan. huh.. scary lagi... Untuk encik Toxo ni beranak pinak dia kena masuk dlm kucing pulak. Sebab tulah dia duk bisik2 kat cik mickey mouse ni suruh pegi dekat dengan encik pussy cat. Huish.. jahat sungguh.. bahaya tu encik mickey mouse!!!

Macam setan la pulak encik Toxo ni. Kesian mickey mouse kena tipu.. dah tahu kucing suka makan tikus tapi nak pergi jugak. huhuhu... aku pun kena tipu kat setan camtu jugak ke?? Dah tahu BAHAYA buat dosa tapi nak buat jugak... Tipah tertipu... tertipu dengan sape?? SETAN??

maka syaitan membujuk keduanya (untuk memakan buah itu) dengan tipu daya. Tatkala keduanya telah merasai buah kayu itu, nampaklah bagi keduanya aurat-auratnya, dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun surga. Kemudian Tuhan mereka menyeru mereka: "Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pohon kayu itu dan Aku katakan kepadamu: "Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu berdua?" (22:22)


Bestkan belajar microbiology ni?? mesti aku dapat score full mark kalo macam ni.. ngehehe...

No comments: